Thaipusam: Dua jalan di Kuala Selangor ditutup - Utusan Malaysia

Thaipusam: Dua jalan di Kuala Selangor ditutup

RAMLI KASA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Dua jalan di sekitar daerah ini akan ditutup selama dua hari sempena perarakan sambutan Thaipusam di Kuil Subramaniar Alayam Swamy, Batu 2 di sini, bermula Isnin ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, penutupan itu melibatkan Jalan Bukit Rotan dan Jalan Klang-Teluk Intan menghala ke Tanjong Keramat. 

Katanya, bagaimanapun polis menyediakan jalan alternatif bagi mengawal lalu lintas perarakan pedati di sekitar lokasi terlibat.

“Laluan dari arah Teluk Intan ke Klang ditutup di Kilometer 45.5 dan dilencongkan di lampu isyarat Teluk Piah. 

“Manakala, laluan dari arah Klang ke Teluk Intan pula hanya dibuka satu arah iaitu bagi kenderaan dari Klang ke Teluk Intan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

 Jelas Ramli, pihaknya turut menyediakan papan tanda dan petugas trafik bagi melancarkan aliran trafik serta kesesakan. 

Tambah beliau, semua pengguna jalan raya diminta mematuhi arahan yang ditetapkan sepanjang tempoh berkenaan. 

“Tindakan saman dan tunda akan diambil terhadap kenderaan yang menghalang lalu lintas,” katanya.  -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya