Mangsa banjir di Pahang lega terima Bantuan Wang Ihsan (BWI) - Utusan Malaysia

Mangsa banjir di Pahang lega terima Bantuan Wang Ihsan (BWI)

ISMAIL SABRI Yaakob menyampaikan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Monsun Timur Laut 2021/2022 Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di Bera, Pahang. kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Para penerima Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang terbabit dalam kejadian banjir yang melanda negeri ini pada Disember tahun lalu lega apabila menerima sumbangan itu daripada kerajaan.

Menurut mereka, pemberian bantuan itu akan digunakan sebaik mungkin terutama bagi mengganti perabot dan keperluan lain yang mengalami kerosakan akibar bencara tersebut.

Bantuan tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri pada Majlis Penyerahan Wang Bantuan Pembelian Barangan Keperluan Monsun Timur Laut 2021/2022 Daerah Bera di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera di sini kelmarin.

Bagi daerah Bera, 100 peratus daripada 1,157 Ketua Isi Rumah yang terkesan banjir telah menerima BWI berjumlah RM1,000 dan kelmarin Perdana Menteri menyampaikan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan sebanyak RM2,500 kepada mereka.

Sementara itu, penerima bantuan, Baharuddin Mohamad, 60, dari Kampung Guai di sini bersyukur kerana bantuan wang tunai tersebut dapat mengurangkan beban mangsa banjir sepertinya.

“Gembira dan lega sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan beban kami selepas mengalami banyak kerugian sebelum ini.

“Menerusi bantuan ini, saya bercadang membeli almari serta keperluan lain selepas banyak barang rosak akibat banjir baru-baru ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis itu kelmarin.

Sementara itu, Maizura Mohd. Taib, 53, dari Kuala Triang pula menghargai bantuan kerajaan untuk membantu mangsa seperti mereka.

“Terima kasih dan gembira kerana bantuan kali ini jumlahnya meningkat berbanding sebelum ini,” ujarnya yang berhasrat membeli barangan seperti almari, meja dan tikar getah.

Seorang pekerja swasta, Junainah Mat Nasir, 47, dari Taman Kerayong Indah di sini lega kerana bantuan yang diharapkan sudah diterima mereka.

Menurutnya, banjir yang melanda tempat mereka Disember lalu menyebabkan banyak perabot dan harta benda mengalami kemusnahan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya