Jumlah mangsa banjir di Johor kembali meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah mangsa banjir di Johor kembali meningkat

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS semakin berkurangan walaupun beberapa daerah di Johor masih terjejas. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seramai 4,496 mangsa daripada 1,242 keluarga masih ditempatkan di 62 pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di empat daerah di negeri ini setakat pukul 8 pagi, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan berkata, jumlah itu menyaksikan terdapat kenaikan berbanding 3,985 mangsa pada pukul 4 petang, semalam.

Muar merekodkan pertambahan jumlah mangsa daripada 714 kepada 1,058 orang diikuti Tangkak seramai 905 mangsa dan Batu Pahat kekal 54 orang.

“Segamat masih merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi di negeri ini iaitu seramai 2,479 mangsa walaupun jumlah itu makin berkurangan ekoran keadaan yang semakin pulih.

“Ramalan kaji cuaca daripada Jabatan Meteorologi menunjukkan tiada amaran ribut petir di seluruh negara termasuk Johor hari ini manakala cuaca diramalkan cerah sepanjang hari,” katanya di sini hari ini.

Namun katanya, masih terdapat lima sungai di negeri ini yang menunjukkan aras bahaya dengan trend menurun antaranya Sungai Muar dan Sungai Gemas.

“Selain itu ketika ini masih terdapat 28 laluan yang terputus hubungan di seluruh negeri dan kita berharap rakyat akan terus mengambil langkah berhati-hati bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya