Hasni tiba di Istana Bukit Serene - Utusan Malaysia

Hasni tiba di Istana Bukit Serene

KENDERAAN rasmi yang membawa Hasni Mohammad memasuki pekarangan Istana Bukit Serene tepat pukul 4.40 petang bagi menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di sini. UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad tiba di Istana Bukit Serene, di sini untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Beliau yang menaiki kenderaan jenis Audi berwarna hitam dan bernombor pendaftaran JRA 1 itu memasuki pekarangan istana berkenaan pada pukul 4.40 petang.

Kunjungan Hasni ke istana berkenaan bagi menyerahkan dokumen pemasyhuran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Beliau kemudiannya akan kembali ke pejabat UMNO Johor untuk mengadakan sidang akhbar berhubung perkara itu yang dijadualkan berlangsung pada pukul 6 petang.

Terdahulu, Hasni mengesahkan pihaknya telah mendapat persetujuan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya