KARAK: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menafikan dakwaan segelintir pihak kononnya sisa timbunan kayu yang hanyut akibat banjir di beberapa kawasan di Telemong berlaku akibat aktiviti pembalakan. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarahnya, Datuk Dr. Mohd. Hizamri Mohd. Yasin berkata, sisa kayu itu adalah daripada pokok-pokok tanaman di atas tanah milik persendirian dan pokok di kawasan hutan yang terhakis akibat arus deras. Katanya, sisa kayu itu seterusnya telah bercampur dengan pokok tanaman…







