RM20,000 sebulan bersih Sungai Tebrau - Utusan Malaysia

RM20,000 sebulan bersih Sungai Tebrau

MOHD. Noorazam Osman (kiri) menerima sumbangan daripada YPJ Holdings Sdn. Bhd. pada Majlis Cabutan Bertuah Champions Virtual Walkathon and Ride 2021 di Menara MBJB, di Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) membelanjakan kira-kira RM20,000 sebulan untuk melakukan kerja-kerja pembersihan sampah di sekitar Sungai Tebrau bagi memastikan kebersihannya sentiasa terjaga.

Datuk Bandar Johor Bahru, Datuk Mohd. Noorazam Osman berkata, peruntukan itu termasuklah untuk menggaji petugas menjalankan pembersihan secara manual sebanyak dua kali sehari.

Katanya, ketika ini kerja pembersihan melibatkan Sungai Tebrau terlebih dahulu, manakala kerja pembersihan Sungai Pulai dan Sungai Danga akan dimulakan secepat mungkin.

“Pembersihan sampah di Sungai Tebrau telah kita mulakan sejak sebulan lalu, dimana ia bermula dari kawasan Jambatan Pandan sehingga ke muara Sungai Tebrau yang menunjukkan jumlah sampah yang dikutip konsisten.

“Buat masa ini, kerja pembersihan dibuat dengan menggunakan sampan, kapal pengangkut sampah tidak dapat memasuki kawasan berkenaan kerana air cetek, bot besar juga tidak lepas untuk menyelusurinya.

“Majoriti sampah yang dikutip adalah bahan buangan berasaskan plastik termasuk botol minuman yang dibuang orang ramai,” katanya selepas merasmikan Majlis Cabutan Bertuah Champions Virtual Walkathon and Ride 2021 di Menara MBJB, di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Noorazam memberitahu pihaknya telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R. Vidyananthan serta beberapa agensi lain untuk membincangkan masalah sampah di Sungai Danga.

“Hasil mesyuarat tersebut, semua pihak komited untuk mencari langkah penyelesaian jangka masa pendek dan jangka masa panjang berhubung isu sampah sarap di sungai berkenaan yang dibangkitkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

“Penyelesaian jangka masa pendek melibatkan kerja mengutip sampah sarap bukan sahaja di dalam sungai tetapi juga di darat kerana sampah tersebut yang akhirnya akan berada di dalam sungai.

“Manakala penyelesaian jangka masa panjang pula perlulah melibatkan penyusunan semula penempatan setinggan di sekitar kawasan sungai tersebut,” ujarnya.

Pada 30 November lalu, Sultan Ibrahim bertitah mahu pemantauan dan penguatkuasaan dipertingkatkan di kawasan Sungai Danga yang dicemari dengan pelbagai sampah sarap. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya