Rina lancar Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia - Utusan Malaysia

Rina lancar Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

PENDUDUK meredah banjir di Seksyen 25 Sri Muda, Shah Alam, Selangor. -UTUSAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Yayasan Kebajikan Negara (YKN) melancarkan Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia bagi membantu mereka yang terkesan dengan banjir. 

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YKN, Datuk Seri Rina Mohd. Harun berkata, inisiatif tersebut dilaksana bagi memberi peluang kepada orang ramai dan syarikat korporat untuk menyumbang melalui saluran yang betul.

“Saya memohon untuk kita bersama-sama membantu, jadi kepada semua pihak sama ada individu, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) atau syarikat korporat yang ingin menyalurkan bantuan boleh disalurkan kepada YKN. 

“Sumbangan wang tunai boleh terus disalurkan kepada YKN melalui Tabung Bantuan Banjir Keluarga Malaysia di nombor akaun Alliance Islamic Bank Bhd, 160140010004801,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Rina yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, setiap sumbangan wang tunai yang disalurkan itu akan dikecualikan daripada cukai pendapatan di bawah Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Katanya, penyumbang juga boleh membantu mangsa banjir dalam bentuk barangan yang boleh dikumpulkan dan dihantar ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) Bangi.

Shapadu Group menjadi syarikat korporat pertama menyumbang kepada tabung berkenaan dengan sumbangan RM150,000.

Syarikat itu turut menyediakan 1,000 pek makanan untuk diagihkan kepada mangsa banjir di sekitar Selangor yang tidak ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya