Konvokesyen USAS secara maya Sabtu ini - Utusan Malaysia

Konvokesyen USAS secara maya Sabtu ini

ANAS MD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di sini akan mengadakan Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-14 secara maya pada Sabtu ini.

Majlis akan berlangsung secara maya melalui platform Zoom, Facebook rasmi USAS dan YouTube mulai pukul 8.30 pagi hingga 2 petang. 

Timbalan Naib Canselor Pentadbiran dan Kewangan USAS,  Prof. Madya Dr. Anas Md. Yusof berkata, majlis istiadat diadakan bagi meraikan graduan selepas mendapat perkenan Canselor USAS, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Menurutnya, majlis istiadat dilaksanakan secara maya bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan Covid-19.

Beliau berkata, istiadat konvokesyen akan disempurnakan Pro Canselor USAS,  Tan Sri Dr. Mohd. Zahidi Zainuddin.

“Istiadat konvokesyen kali ini menyaksikan penganugerahan tiga Ijazah Doktor Falsafah, 34 Ijazah Sarjana, 669 Ijazah Sarjana Muda dan 1,056 Diploma, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,762 graduan bagi tahun 2021. 

“Seramai 1,213 graduan merupakan lepasan Fakulti Pengajian Islam (FPI) dan 549 lagi graduan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat (FPTM). 

“Jumlah ini lebih tinggi berbanding graduan pada Istiadat Konvokesyen Ke-13 yang diadakan secara maya pada 21 Ogos 2021 lalu bagi meraikan 1,292 graduan yang telah tamat pengajian pada tahun 2020,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, graduan Ijazah Sarjana Muda Kaunseling (kepujian) Nurul Jamilah Mohd. Ali akan menerima Anugerah Tuanku Canselor.

“Graduan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Arab (kepujian),  Muhammad Al-Hafidz Jaaztar dinamakan sebagai Anugerah Menteri Besar Perak manakala graduan jurusan Diploma Kaunseling Islami, Nur Hanani Che Sa menerima Anugerah Naib Canselor USAS,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya