MELAKA: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional (PN) akan bersama blok pembangkang pada Sidang Pertama (Khas) Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15 yang bersidang selama empat hari bermula 27 Disember ini. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka, Dr. Mohd. Yadzil Yaakub berkata, beliau bersama ADUN Sungai Udang, Dr. Mohd. Aleef Yusof masih dianggap sebagai pembangkang selepas berseteru dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan…