PETALING JAYA: Tular dalam Twitter mengenai warganet mempersoalkan kemampuan jenama Proton ke pasaran antarabangsa berbanding negara jiran.
Baru-baru ini, pemilik akaun Twitter, @peoplespowerr mempersoalkan negara Vietnam yang suatu masa dahulu berada di belakang Malaysia, kini mengeksport kereta elektrik ke Amerika Syarikat.
Kata @peoplespowerr, Vietnam yang pernah diuji dengan peperangan sewaktu Malaysia mencipta Proton pada 1980-an, kini menghasilkan kereta utiliti sukan (SUV) dengan nama Vinfast.
“When Malaysia started Proton in the 80s, Vietnam was struggling after the war. Now they export electric vehicles to the US.
“We got to ask ourselves, what happened to us,? Soalnya.
Video mengenai pelancaran kereta elektrik Vietnam, VinFast ke Amerika Syarikat baru-baru ini. -Video media sosial
Pemilik akaun @JSRizal1 berkata, suatu masa dahulu Malaysia pernah berada di hadapan Korea Selatan dan kini, Vietnam.
“Saya menjangkakan kita akan dipintas Indonesia. Kita tiada apa untuk ditawarkan,” ujarnya.
@n9malaysian pula berkata; “Kita kene berbangga. Tower kita antara yang tertinggi di dunia. Bercukurlah!”