PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka bukan semata-mata pentas survival tiga blok politik utama di negara ini bereksperimen bagi memastikan kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). Tersiratnya, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) secara terbuka mengakui peranan orang muda di arena politik tanah air. Jika dahulu, pergerakan pemuda dan pemudi sinonimnya hanya dilabel sebagai ‘skuad pelapis’ semata-mata, tanpa diberi pendedahan atau tanggungjawab besar mewakili parti dalam…