MELAKA : Datuk Mas Ermieyati Samsudin berharap pencalonan beliau sebagai Ketua Menteri pada saat-saat akhir akan membawa angin kemenangan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. Bercakap kepada Utusan Malaysia, calon PN Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara itu percaya langkah berkenaan secara tidak langsung dapat menarik sokongan pengundi wanita apabila buat pertama kali kaum hawa dicalonkan sebagai Ketua Menteri. Katanya, fokusnya kini adalah membawa kemenangan dan…