[VIDEO] Ramai kecam remaja pacak khemah di Genting Highlands - Utusan Malaysia

[VIDEO] Ramai kecam remaja pacak khemah di Genting Highlands

TULAR tangkap layar dan video sekumpulan remaja memacak khemah di tempat meletak kereta di Genting Highlands.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Warganet menerusi ciapan Twitter meluahkan perasaan rimas melihat tingkah laku segelintir remaja yang memasang khemah di kawasan letak kereta Genting Highlands.

Terbaru, tular di Twitter sebuah video yang memaparkan aktiviti-aktiviti golongan muda memacak khemah di kawasan peranginan tersebut sambil memasak mi segera dan membawa peralatan tidur seperti bantal untuk berkelah.

Seorang pengguna Twitter meluahkan rasa meluatnya apabila perbuatan golongan itu akan menyebabkan pihak pengurusan hotel atau bangunan di situ mengambil tindakan selain ia akan menyusahkan orang lain yang akan melepak atau berkunjung secara backpacker.

“Over la pula sampai pacak khemas dekat Genting tu, silap-silap lepas ni kena sekat nak lepak subuh-subuh dekat atas sana,” luahnya menerusi laman Twitter itu.

TULAR tangkap layar dan video sekumpulan remaja memacak khemah di tempat meletak kereta di Genting Highlands.

Seorang lagi pengguna laman sosial tersebut myraexe_ memberi komen dan menyuruh pihak pengurusan mengambil tindakan kepada golongan remaja tersebut supaya tidak menghalang pengunjung lain yang ingin melepak di sana pada masa akan datang.

“Elok tempat Genting tu orang nak rehat, nak sightseeing, Nampak budak Melayu ni pacak khemah kat parking lot la, memasak tepi jalan la. Hopefully Genting securities will be stricter. Semak betul,” ciapannya di laman Twitter.

Melihat ciapan yang tular ini, rata-rata pengguna Twitter meluahkan perasaan marah dan menceritakan pengalaman mereka ketika mengunjung ke pusat peranginan itu yang dipenuhi oleh remaja-remaja sedang memacak khemah mereka.

“Dia bukan nak style atas tu bukak khemah tau. Dia pasal etika. Etika tu tempat parking tu tiba nak pacak khemah. Takda common sense ke? Cuba orang takda adab tiba parking kereta dekat pagar rumah kau. Marah tak?,” ciapan dhyzckr.

“Betul tu, semak sangat. Lepas tu lepak depan Petron tu macam tak ada tempat lain. Orang nak masuk isi minyak pun susah.Mentality low,” ciapan DaddySinglee.

“Ni jenis nak lebih daripada orang lain. Nampak orang lain open table, minum kopi dengan makan maggi. Dia pun sibuk nak buat style sama tapi nak lebih dari tu,” ciapan zainnazraii. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.