Puspen Sungai Ruan di Pahang dikenakan PKPD lusa - Utusan Malaysia

Puspen Sungai Ruan di Pahang dikenakan PKPD lusa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setelah enam hari tiada lokaliti baharu diumumkan, namun hari ini satu lagi kawasan di Pahang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md. Saad berkata, lokaliti itu ialah Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Sungai Ruan yang bermula Ahad ini.

Terletak dalam Mukim Gali, Daerah Raub kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Raub, pusat ini dipercayai menempatkan sejumlah lebih 200 penghuni untuk menjalani rawatan dadah.

Ia diuruskan Agensi Antidadah Kebangsaan, Kementerian Dalam Negeri berdasarkan kaedah terapi Islam hasil idea bekas menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sejak 2017.

Setakat ini, belum dapat dipastikan pelaksanaan PKPD di Puspen ini disebabkan mana-mana kluster, namun Jabatan Kesihatan Pahang telah merekodkan tiga kes di lokaliti itu hari ini.

Rodzi bagaimanapun memaklumkan tiada sebarang lokaliti sedia ada yang akan disambung lagi PKPD selain tiada kawasan ditamatkan sekatan secara bersasar tersebut pada esok. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya