PSPKPLB bertepatan bantu masyarakat luar bandar - Utusan Malaysia

PSPKPLB bertepatan bantu masyarakat luar bandar

KAMARUL AZMAN KHAMIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Inisiatif Pelan Strategik Pendigitalan (PSPKPLB) menunjukkan peranan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) lebih menyeluruh bukan hanya tertumpu kepada penyediaan infrastruktur semata-mata.

Pengarah Kajian Institut Indonesia, Thailand dan Singapura UUM (UUM-ITS), Dr. Kamarul Azman Khamis berkata, PSPKPLB adalah sangat bertepatan dalam membantu masyarakat luar bandar menikmati kemudahan.

Katanya, masyarakat pedalaman khususnya dapat menikmati kemudahan sedia ada ini dengan baik dan berkesan khususnya dalam aspek teknologi maklumat dan komunikasi.

“Kerajaan memperkenalkan PSPKPLB merupakan komitmen KPLB terhadap usaha menggariskan strategi pelaksanaan transformasi digital bagi menjayakan agenda Luar Bandar Sejahtera.

“Hal demikian juga menunjukkan kerajaan begitu cakna kepada keprihatinan rakyat melalui pelan yang dilaksanakan di bawah KPLB ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, KPLB memperuntukkan RM28 juta bagi melaksanakan PSPKPLB 2021-2025 dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan berkata, pelan strategik berkenaan merangkumi visi, hala tuju dan rangka pelaksanaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam usaha KPLB memastikan mandat kesejahteraan masyarakat luar bandar tercapai.

Mahdzir berkata, antara matlamat utama pelan strategik berkenaan adalah untuk  mengurangkan jurang digital dan capaian internet antara penduduk bandar dan luar bandar.

Tambah Kamarul Azman, pelaksanaan pelan tersebut juga mampu membantu merancakkan lekonomi setempat di kawasan pendalaman.

“Ia seiring untuk menjadikan kawasan luar bandar dapat berdaya saing dengan kawasan bandar yang lebih maju dan kompeten,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya