Pameran seni lukisan bertukar pesta jemuran kain? - Utusan Malaysia

Pameran seni lukisan bertukar pesta jemuran kain?

TANGKAP LAYAR ciapan Twitter pemilik akaun yang tidak berpuas hati dengan hasil karyanya digantung seperti jemuran kain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sebilangan seniman menzahirkan perasaan marah dan kecewa apabila karya seni lukisan mereka digantung seperti jemuran kain di tepi balkoni, setiap tingkat pusat membeli belah terkemuka ibu negara.

Pengasas Empati Studio, Noorfuji Anggara Masyudi berkata, pihak pengurusan tiada perasaan hormat kepada setiap seniman yang terlibat apabila pihak tersebut bertindak menggantung lukisan-lukisan berkenaan secara ala kadar.

Menurutnya, pihak pengurusan sewajarnya berbincang dengan pihak yang lebih arif sebelum bertindak meletakkan lukisan di balkoni.

“Begitu benak dan angkuh, bijak pandai simpan dalam tempayan using, ini pameran jemuran kain ke? Mana rasa empati dan tanda hormat kau terhadap artis. Kuih pun ada bekas dia nak simpan. Lain kali discuss dengan yang lebih pakar.

“Fizikal karya terancam, lagi satu eye level takda. Ala kadar pakai bedal je hanging macam tu tak hormat karya artis. Show longgok, no system,” kata pemuda itu menerusi ciapan Twitternya.

Terdapat juga dua artis yang mengambil semula hasil karya mereka daripada menyertai pameran tersebut kerana tidak mahu lukisannya digantung seperti itu.

Rata-rata netizen meluahkan perasaan tidak senang terhadap pihak pengurusan pusat beli belah itu kerana bimbang jika karya tersebut terjatuh ke pengunjung semasa pameran berlangsung.

I love arts and gallery exhibition but displaying one’s art like these is like mockery to their masterpiece. There is a much proper ways to display that without bringing hazards to the public and damaging the artworks. Like perhaps an easel stand,” ciapan miharu_ai.

Organiser ingat pengunjung ni oleh terbang ke? Nak tengok artwork tinggi kemain. Kalau bagi telescope ke binoculars ke takpelah. Hmm,” ciapan Isyraq_Muhammad.

“Buat sambal lewa tanpa fikir perasaan pelukis. Kalau aku la tengok lukisan sendiri kena gantung macam kena jemur kain memang nak siat-siat kulit penganjur tu,” ciapan SheikhFurqan88. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN