Maritim Malaysia tahan tiga bot rekreasi, lakukan pelbagai kesalahan - Utusan Malaysia

Maritim Malaysia tahan tiga bot rekreasi, lakukan pelbagai kesalahan

SEBUAH bot rekreasi ditahan pihak Maritim Malaysia di perairan Telok Kemang, Port Dickson baru-baru ini atas pelbagai kesalahan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Tiga buah bot rekreasi ditahan pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Melaka dan Negeri Sembilan atas pelbagai kesalahan dalam operasi di perairan Telok Kemang di sini dan Pengkalan Balak, Melaka baru-baru ini.

Pengarah Maritim Melaka dan Negeri Sembilan, Kepten Maritim Haris Fadzillah Abdullah berkata, operasi khas tersebut dilaksanakan bermula pada 4 November sehingga semalam.

Katanya, ia bagi memantau dan memastikan pengusaha bot rekreasi mengikut peraturan yang ditetapkan selain mengutamakan keselamatan pengguna bagi mengelakkan kemalangan daan kejadian tidak diingini berlaku. 

“Hasil pemantauan serta pemeriksaan sepanjang cuti perayaan Deepavali dan hujung minggu baru-baru ini, pasukan operasi telah menahan dua bot di perairan Telok Kemang pada 4 dan 7 November manakala sebuah bot ditahan di perairan Pengkalan Balak pada 6 November. Penahanan dilakukan ketika mereka sedang menjalankan aktiviti menunda bot pisang atau banana boat. 

“Kesemua bot telah ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya bot tidak mempunyai lesen, sijil kompentenan jurumudi telah tamat tempoh, kru bot rekreasi di bawah umur dan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api serta boya keselamatan tidak mencukupi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Haris Fadzillah, bot seterusnya diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

“Maritim Malaysia akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan bagi membenteras dan menyekat aktiviti jenayah di perairan Negeri Melaka dan Negeri Sembilan.

“Kami juga meminta orang ramai agar menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah dan kecemasan di laut menerusi Pusat Operasi Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan di talian 06-3876730 dan MERS 999 yang beroperasi secara 24 jam,” katanya lagi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya