ALOR SETAR: Jumlah mangsa banjir di negeri ini berkurangan apabila seramai 290 mangsa daripada 77 keluarga yang ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga pukul 12 tengah hari tadi.
Ketua Bahagian Sekretariat Bahagian Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd. Muaz Mohd. Yusof berkata, dua daerah masih terjejas iaitu Pendang dan Kubang Pasu.
“Di daerah Pendang, jumlah mangsa makin berkurangan dengan 136 mangsa daripada 33 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan, Tanah Merah yang dibuka sejak 24 Oktober lalu.
“Manakala di PPS Dewan Cenderawasih masih menempatkan 54 mangsa daripada 18 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kata beliau, jumlah mangsa di dua PPS di daerah Kubang Pasu bertambah apabila seramai 15 mangsa daripada dua keluarga di tempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Malau.
“PPS SK Kampung Tradisi, Lebah Keriang dibuka semula pada pukul 8 pagi semalam dengan menempatkan seramai 85 mangsa daripada 24 keluarga,” ujarnya. -UTUSAN ONLINE










