Terpilih duduki kerusi PBB, Malaysia perlu tunjuk contoh baik - Utusan Malaysia

Terpilih duduki kerusi PBB, Malaysia perlu tunjuk contoh baik

LEE LAM THYE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kejayaan Malaysia memenangi pengundian menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) adalah bukti negara komited dalam memperkasakan hak asasi manusia. 

Bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, perkara itu merupakan satu kebanggaan kepada Malaysia dan sekaligus merupakan pengiktirafan bagi Malaysia di mata dunia. 

“Pemilihan sebagai negara anggota ini memerlukan Malaysia untuk lebih peka dengan isu dan perkara yang melibatkan hak asasi manusia di negara kita dan dunia.

“Perkara ini merupakan satu kebanggaan buat kita semua rakyat Malaysia kerana telah diiktiraf oleh dunia untuk diangkat sebagai sebuah negara yang memberi perjuangan sebaiknya untuk hak asasi manusia.

“Turut memperjuangkan hak asasi manusia adalah melalui kewujudan SUHAKAM yang memainkan peranan penting dalam pengiktirafan ini. SUHAKAM adalah badan yang mencerminkan kesungguhan negara kita dalam isu hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, Malaysia memenangi pengundian negara untuk menduduki satu daripada 18 kerusi dengan 183 undian pada Majlis Hak Asasi Manusia PBB penggal 2022-2024.

Lam Thye yang juga merupakan Pemegang Amanah Yayasan Perpaduan Malaysia berkata Malaysia harus tampil sebagai contoh manusia dan mendapatkan kepercayaan dalam memperjuangkan isu hak asasi manusia.

“Pada masa ini, kita harus menjadi teladan kepada dunia dalam menangani dan mendepani isu melibatkan hak asasi. 

“Kita harus menunjukkan kepada semua bahawa negara kita benar-benar layak memenangi undian ini dengan mempamerkan iltizam kita dalam segala isu berkaitan hak asasi manusia,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya