fbpx

Shahril Sufian Hamdan dilantik sebagai pengarah ekonomi PM

SHAHRIL SUFIAN HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

Memetik laporan UMNO Online, Shahril Sufian menzahirkan penghargaan beliau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan yang diberikan.

“Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada perdana menteri atas pelantikan dan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi atas restunya.

“Saya akan laksana tugas sebaik mampu membantu pasukan ekonomi yang sedia ada dan cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro dan rakyat,” katanya.

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester dan belajar peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.

Perlantikan Shahril itu mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif di media sosial selain ramai yang turut meraikan pelantikannya itu.  -UTUSAN ONLINE

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI