MELAKA: Ura-ura yang mendakwa empat ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kerajaan Negeri Melaka telah menandatangani akuan bersumpah (SD) menyokong Pakatan Harapan (PH) bukanlah spekulasi semata-mata. Perkara tersebut telah disahkan oleh seorang pemimpin PH negeri kepada Utusan Malaysia, namun enggan namanya disebut dalam laporan. Pemimpin itu turut mengakui, sehingga semalam, sebanyak enam ADUN kerajaan bersetuju menyertai gerakan berkenaan, namun hanya empat sudah menurunkan tandatangan, manakala dua lagi masih berbelah-bahagi. Katanya lagi,…