Rizab antarabangsa BNM AS$115.2 bilion  - Utusan Malaysia

Rizab antarabangsa BNM AS$115.2 bilion 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$115.2 bilion (RM481.82 bilion) pada 30 September lalu.

Ia berkurang berbanding AS$116.2 bilion (RM486.01) pada 15 September.

Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, paras rizab itu telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.

“Paras rizab itu juga memadai untuk membiayai 8.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek,” katanya.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing AS$102.5 bilion (RM428.71 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) (AS$1.4 bilion – RM5.86 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$6.1 bilion – RM25.51 bilion), emas (AS$2.2 bilion – RM9.20 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion – RM12.55 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi emas, pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM482.53 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM11.44 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM754.02 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM22.30 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM16.12 bilion).

Sementara itu, modal dan liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM182.86 bilion), mata wang dalam edaran (RM145.23 bilion), deposit oleh institut kewangan (RM157.49 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM4.19 bilion), deposit lain-lain (RM7.18 bilion), kertas Bank Negara (RM7.11 bilion), peruntukan SDR (RM28.46 bilion) serta liabiliti-liabiliti lain (RM4.66 bilion). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN