PM Britain dikritik kerana bercuti ketika rakyat alami pelbagai krisis - Utusan Malaysia

PM Britain dikritik kerana bercuti ketika rakyat alami pelbagai krisis

BORIS Johnson bersama isterinya, Carrie dan anak lelaki mereka dilaporkan bercuti di Sepanyol. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Perdana Menteri, Boris Johnson dikritik pelbagai pihak termasuk media United Kingdom (UK) selepas beliau bercuti bersama keluarganya di Sepanyol ketika rakyat Britain berdepan beberapa krisis besar.

Lapor Mirror, Johnson bersama isterinya, Carrie dan anak lelakinya, Wilf berlepas ke Marbella pada Jumaat lalu selepas menghadiri Persidangan Parti Konservatif di Manchester.

Difahamkan, Johnson dan keluarganya akan tinggal di sebuah vila mewah di Costa del Sol sehingga Khamis ini.

Rakyat Britain ketika ini mengalami kesukaran apabila jutaan penduduk berdepan krisis seperti kenaikan bil elektrik, kekurangan bekalan makanan serta bahan bakar dan kesemua masalah itu timbul akibat penghapusan bantuan Universal Credit.

“Tiada masalah jika perdana menteri mahu berehat sebentar namun masa bercuti itu menunjukkan betapa dekatnya beliau dengan rakyat Britain ketika menghadapi kesukaran,” kata seorang sumber dari Westminster.

Menteri Perniagaan, Kwasi Kwarteng menyifatkan tindakan Johnson bercuti ketika ini adalah wajar memandangkan pemimpin itu mengalami waktu sukar sejak setahun lalu.

“Namun, saya sering berhubung dengan beliau, Johnson juga menghadapi kesukaran setahun lalu yang mana pemimpin itu dimasukkan ke hospital akibat Covid-19 dan kehilangan ibunya dua minggu lalu.

“Jadi, beliau mungkin mengambil keputusan untuk berehat sebentar. Saya rasa ia sesuatu yang wajar,” katanya kepada Times Radio.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN