Pasukan khas hanya mahu salahkan Dr. Mahathir - Utusan Malaysia

Pasukan khas hanya mahu salahkan Dr. Mahathir

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Penubuhan pasukan petugas khas isu Pulau Batu Puteh dilihat semata-mata mahu menyalahkan dan menuding jari ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, bukannya bertujuan semakan semula undang-undang berkaitan.

Pengamal undang-undang, Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, perkara itu dilihat menerusi pelantikan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai ketua pasukan khas dan sekali gus menimbulkan kepentingan konflik serta melanggar prinsip undang-undang.

“Malah kewujudan pasukan khas ini mencermin kerajaan seolah-olah tidak menghormati badan mahkamah ekoran terdapatnya satu saman oleh satu pihak yang tidak puas hati terhadap keputusan penarikan semakan penghakiman Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

“Oleh itu, pelantikan Mohamed Apandi perlu ditarik atau beliau sendiri meletakkan jawatan kerana kedudukanya melanggar kepentingan umum ekoran tujuan penubuhan pasukan ini demi menjaga kedaulatan negara,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sebelum ini, Mohamed Apandi mendakwa mempunyai bukti, fakta dan asas kukuh bahawa Pulau Batu Putih adalah milik Malaysia dan beliau kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr. Mahathir membuat keputusan menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kepulauan itu pada 2018.

Terdahulu, Kabinet akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas bagi tujuan semakan semula undang-undang berkenaan isu pulau tersebut yang dipengerusikan oleh Mohamad Apandi.

Mohamad Apandi pernah dilaporkan berkata, Malaysia sudah terlepas peluang untuk mendapatkan semula Pulau Batu Puteh selepas Dr Mahathir membuat keputusan untuk menarik balik semakan dan pentafsiran penghakiman berhubung kes kedaulatan pulau itu serta Batuan Tengah dan Tubir Selatan.

Bekas Peguam Negara itu berkata, Dr Mahathir membuat keputusan itu, beberapa hari sebelum kes tersebut dijadual dibicarakan di ICJ pada 11 Jun 2018. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN