Mangsa lemas berkali-kali pujuk keluarga pergi berkelah - Utusan Malaysia

Mangsa lemas berkali-kali pujuk keluarga pergi berkelah

NURUL Hasha Humaira Che Mohd. Humaizi, 11, lemas ketika mencari kepah di muara sungai di Kampung Mangkuk di Setiu, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang ditemukan lemas di muara sungai di Kampung Mangkuk di sini, dikatakan berkali-kali memujuk keluarganya untuk kembali berkelah ke lokasi berkenaan.

Bapanya, Che Mohd. Humaizi Che Jemani, 38, berkata, kerana tidak mahu menghampakan Nurul Hasha Humaira, 11, maka dia dan isteri, Nurul Huda Abdul Rahman, 38, bersetuju memenuhi permintaan anak sulung mereka kelmarin.

Katanya, kunjungan mereka enam beranak bersama keluarga dua kakak ipar ke lokasi itu pada pukul 9.30 pagi kelmarin merupakan yang kedua selepas berkelah ke sana, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, katanya, selepas meluangkan masa berkelah dia pergi memancing bersama rakan dan meninggalkan keluarga serta anak saudara yang mahu mencari kepah di kawasan beting pasir.

“Anak sulung dan kedua, Che Ahmad Harraz, 9, cukup gembira selepas hajat mereka untuk berkelah ditunaikan, tetapi pada pukul 5.30 petang, isteri hubungi mengatakan anak-anak lemas.

“Anak kedua berjaya diselamatkan, namun tidak kakaknya, jadi saya bergegas ke sana dengan bot bagi mencari tiga lagi yang hilang termasuk anak sulung,” kataya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Setiu, semalam.

Che Mohd. Humaizi berkata, mayat Nurul Hasha Humaira ditemukan pada pukul 8.15 pagi semalam manakala dua anak saudaranya, Nur Amni Insyirah Saiful Tarmizi, 9, dan Muhammad Aryan Faheem, 7, tengah malam semalam.

Nurul Huda berkata, mereka sekeluarga berada dua jam di kawasan beting pasir berkenaan dan sudah mahu pulang sebelum tragedi lemas itu berlaku di hadapan matanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN