Sediakan perlindungan insurans RM207,906 syarat masuk ke Thailand - Utusan Malaysia

Sediakan perlindungan insurans RM207,906 syarat masuk ke Thailand

SEKUMPULAN penari tradisional memakai alat perlindungan muka sebagai langkah pencegahan Covid-19 ketika membuat persembahan di Bangkok, Thailand. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Bermula 1 November ini, kerajaan Thailand bakal membuka pintu sempadan kepada 45 negara yang dikategorikan sebagai rendah risiko Covid-19.

Para pelancong dari 45 negara itu tidak perlu menjalani kuarantin sekiranya mereka memasuki Thailand menggunakan jalan udara dan keputusan ujian Covid-19 adalah negatif.

Pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri Prayut Chan-o-cha menerusi laman Facebook kelmarin.

“Kita perlu bertindak segera dan lakukan sekarang kerana jika kita hanya menunggu, dibimbangi semuanya akan terlambat.

“Lagipun, terletak pada tangan pelancong untuk pergi ke mana-mana negara yang mereka ingin,” katanya.

Antara 45 negara itu termasuk Malaysia, Singapura, China dan Amerika Syarikat (AS).

Senarai 45 negara yang boleh memasuki Thailand itu dikeluarkan oleh Setiausaha Tetap Kementerian Luar, Thani Thongphakdi.

Menurut kementerian itu, pelancong perlu menetap di negara atau wilayah yang dibenarkan kemasukan sekurang-kurangnya selama 21 hari berturut-turut dan perlu melakukan ujian saringan Transkripsi Balikan-Tindak balas Berangkai Polimerase (RT-PCR) dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas ke Thailand.

“Selepas tiba di negara ini, mereka dikehendaki melakukan RT-PCR sekali lagi dan menunggu sehingga keputusan keluar di hotel yang ditetapkan, selain pelancong diwajibkan mempunyai perlindungan insurans perubatan sebanyak AS$50,000 (RM207,906),” jelas kementerian tersebut.

Dalam pada itu, Prayut menegaskan rancangan pembukaan pintu sempadan negara ini diubah selepas semakin banyak negara mula membenarkan aktiviti pelancongan luar.

“Saya sudah bertanya kepada Kementerian kesihatan mengenai perkara ini (pembukaan sempadan negara) dan meminta supaya program vaksinasi dipercepatkan,” ujarnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya