LZS sedia latihan untuk asnaf penuhi jawatan di Sime Darby Plantation - Utusan Malaysia

LZS sedia latihan untuk asnaf penuhi jawatan di Sime Darby Plantation

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Terdapat 5,873 jawatan kosong ditawarkan dalam Sime Darby Plantation Bhd. di seluruh negara yang boleh dimanfaatkan oleh golongan asnaf khususnya di Selangor menerusi penganjuran kursus percuma oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS).

 

LZS dalam kenyataan memberitahu, mereka yang menyertai Program ‘Train & Place’ berpeluang untuk diambil bekerja dalam bidang teknikal dan operasi selepas menjalani latihan selama satu hingga dua bulan.

 

Mereka yang berminat menyertainya akan diberikan latihan berdasarkan modul yang dibangunkan Institut Pendidikan Berterusan dan Pengajian Profesional UiTM (iCEPS) dan Sime Darby Plantation.

 

“Kos latihan, tempat tinggal dan keseluruhan kos program adalah percuma. Penawaran gaji selepas latihan bermula dari RM1,200. Terdapat 5,873 kekosongan pelbagai jawatan di Sime Darby Plantation di seluruh negara,” katanya.

 

Tambahnya, program berkenaan dibuka sepanjang tahun dan golongan asnaf berminat boleh mendaftar di https://bit.ly/Uitm-Simedarby-LZS. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya