Hotel lima bintang di Langkawi ditutup, 59 pekerja dijangkiti Covid - Utusan Malaysia

Hotel lima bintang di Langkawi ditutup, 59 pekerja dijangkiti Covid

Othman Warijo
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sebuah hotel lima bintang di sini secara sukarela menutup sementara operasinya selepas seramai  59 pekerjanya  serta kontak rapat mereka terdiri daripada ahli keluarga disahkan positif Covid-19.

 

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Othman Warijo berkata, penularan Covid-19 di hotel itu melibatkan Kluster Teluk Nibung iaitu kluster tempat kerja yang dilaporkan pada 1 Oktober lalu.

 

“Siasatan awal mendapati penularan jangkitan disyaki daripada komuniti dan seterusnya merebak di tempat kerja.

 

“Sehingga hari ini, kluster ini melibatkan pekerja tempatan dan juga kontak rapat ahli keluarga,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Tambahnya, setakat hari ini, seramai 249 orang telah disaring dengan 59 orang didapati positif, seramai 92 orang negatif dan tiga orang lagi masih menunggu keputusan saringan.

 

Menurutnya lagi, semua kontak rapat telah dikenal pasti dan dilakukan ujian saringan serta diberikan arahan untuk kuarantin di rumah (HSO) selama 10 hari. 

 

Bagaimanapun, tambahnya, setakat ini juga  jumlah mangsa yang dijangkit Covid-19 masih terkawal.

 

Terdahulu, seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dari Nilai, Negeri Sembilan disahkan positif Covid-19 setelah tiga hari berada di Langkawi pada 26 September lalu.

 

Walaubagaimanapun, siasatan awal dijalankan mendapati jangkitan terhadap kanak-kanak tersebut mungkin berlaku sebelum dia bersama keluarganya datang ke pulau legenda itu. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya