SUNGAI PETANI: Hasrat tiga beradik melancong bersama ibu bapa mereka selepas kebenaran rentas negeri diumumkan tidak kesampaian apabila dua insan tersayang itu meninggal dunia selang sehari akibat komplikasi selepas sembuh daripada COVID-19 pada Jumaat dan Sabtu lalu. Zafiq Zainol, 38, berkata, bapanya, Zainol Zakaria, 64, dan ibunya, Pauziah Hassim, 63, menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini selepas disahkan positif Covid-19 pada 20 September lalu. Dia yang…