Hanya 299 pesakit Covid-19 perlukan Alat Bantuan Pernafasan - Utusan Malaysia

Hanya 299 pesakit Covid-19 perlukan Alat Bantuan Pernafasan

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Malaysia hari ini merekodkan kluster Covid-19 sebanyak tiga kluster melibatkan tempat kerja, kumpulan berisiko tinggi dan komuniti dengan Johor mencatatkan dua kluster.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tempat kerja di Johor dan kumpulan berisiko tinggi di Johor manakala komuniti di Selangor.

Katanya, kluster tempat kerja dikenali sebagai Kluster Ladang Jalan Kluang di Kluang, Johor dengan 17 kes positif.

“Kluster kumpulan berisiko juga di Johor iaitu Kluster Jalan Sutera Kuning di Johor Bahru dengan 10 kes manakala komuniti pula, Kluster Jalan Lama Tebuk Marso di Sabak Bernam, Selangor dengan 15 kes.

“Jumlah terbabit menjadikan keseluruhan kluster aktif sebanyak 539 kluster manakala 5,183 kluster yang telah tamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Noor Hisham berkata, Malaysia mencatatkan sedikit penurunan kes positif Covid-19 iaitu 5,666 kes berbanding semalam, 5,828 kes sekali gus terus diatasi 6,978 kes sembuh.

Selain itu katanya, sebanyak 601 kes Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 299 kes memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP).

“Daripada 5,666 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, 107 kes (1.9 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima.

“Bakinya, 5,559 kes (98.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan kematian, Malaysia semalam, mencatatkan penurunan jumlah kematian yang dilaporkan iaitu 42 kes berbanding kelmarin, 78 kes.

Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 28,354 kes.

Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak 10 daripada 42 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 5,728 kes.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN