Fenomena pasang besar: Pengunjung abai keselamatan - Utusan Malaysia

Fenomena pasang besar: Pengunjung abai keselamatan

PASUKAN Skuad Pantas MPKL mengarahkan orang awam keluar dari kawasan Pantai Morib, Banting di Kuala Langat, Selangor yang ditutup susulan fenomena air laut pasang besar berlaku pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Walaupun amaran dan penutupan kawasan pantai dilakukan, masih terdapat segelintir orang awam di sini berdegil dan mengabaikan larangan dan keselamatan diri apabila mengunjungi pantai di sini.

Situasi itu dilihat berlaku di Jeti Tanjung Sepat dan Pantai Morib apabila terdapat pengunjung yang memutuskan pita larangan masuk yang dipasang dekat laluan masuk dan sekitar kawasan berkenaan.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Datuk Amirul Azizan Abd. Rahim, terdapat pengunjung yang berdegil dan memotong pita berkenaan bagi memasuki kawasan dilarang.

“Anggota Skuad Pantas MPKL yang membuat pemantauan terpaksa menggunakan pembesar suara bagi menyuraikan orang awam yang telah memasuki beberapa kawasan larangan. Mereka ini dilihat seperti tidak menyayangi diri dan ingkar arahan pihak berkuasa,” katanya.

Terdahulu MPKL memaklumkan penutupan lapan buah pantai peranginan di daerah ini ditutup sehingga 10 Oktober bagi memastikan keselamatan awam berikutan fenomena air laut pasang besar.

Fenomena itu dilaporkan berlaku selama tiga hari sejak semalam hingga esok melibatkan air laut pasang pada waktu pagi yang boleh mencapai paras sehingga 5.6 meter dan membahayakan pengunjung di Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Morib, Taman Harmoni, Istana Bahagia, Batu Laut, Cunang dan Jeti Tanjung Sepat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN