Enam lukisan di ‘mata jarum’ dijual RM511,832 - Utusan Malaysia

Enam lukisan di ‘mata jarum’ dijual RM511,832

DAVID A Lindon menghasilkan replika karya mini yang boleh menembusi mata jarum. - BNPS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang seniman yang menghasilkan semula beberapa karya terkenal dunia dalam bentuk lukisan mini, berjaya menjual enam `karya agung mikro’ pada harga 90,000 pound (RM511,832).

Lapor Daily Mail, David A Lindon, 52, dari Bournemouth di Dorset menghasilkan replika karya mini yang boleh menembus mata jarum.                 

Enam karya mini itu terdiri daripada lukisan Vincent Van Gogh bertajuk Starry Night dan Sunflowers, Edvard Munch (The Scream), Johannes Vermeer (Girl with a Pearl Earring), Claude Monet (Water Lily) dan Banksy (Girl With Balloon).

Karya mini itu dijual pada harga 15,000 pound (RM85,305) setiap satu kepada pengumpul peribadi.

Lindon yang merupakan bekas jurutera, mendapat inspirasi untuk menghasilkan karya mini itu selepas menyaksikan rancangan televisyen mengenai seorang seniman, Willard Wigan.

Sebelum enam karya seni itu, Lindon juga menghasilkan lukisan tokoh seperti Freddie Mercury dan Amy Winehouse. 

Dalam usaha mencari cabaran baharu, Lindon mula menghasilkan karya-karya mini.

Enam karya mini dan beberapa lagi karya dihasilkan Lindon akan ditempatkan di sebuah pameran, A New Beginning di Pusat Media Lighthouse di Wolverhampton sehingga 29 Oktober ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN