Dua remaja didakwa bunuh 14 kangaru di Australia - Utusan Malaysia

Dua remaja didakwa bunuh 14 kangaru di Australia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Polis Australia menahan dua remaja lelaki selepas mereka didakwa membunuh sekurang-kurangnya 14 ekor kangaru di pekan Batemans Bay di selatan Sydney.

Penahanan itu dilakukan selepas penduduk tempatan menemukan sejumlah bangkai kangaru yang dibunuh di dua jalan berasingan pada Sabtu lalu.

Polis New South Wales memaklumkan, kesemua haiwan itu mati akibat kecederaan parah selepas dilanggar dengan kereta.

Kedua-dua remaja lelaki berusia 17 tahun itu ditahan semalam dan polis tidak menjelaskan motif jenayah tersebut.

Kedua-dua suspek didakwa sengaja memukul serta membunuh haiwan dan bakal dihadapkan ke mahkamah pada bulan depan.

Di bawah undang-undang New South Wales, mana-mana pihak yang bersalah melakukan kekejaman terhadap haiwan bakal dipenjara lima tahun dan denda A$22,000 (RM67,474).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya