Dua individu terselamat, Hummer H2 hangus - Utusan Malaysia

Dua individu terselamat, Hummer H2 hangus

PASUKAN penyelamat dari Balai Bomba Subang memadam kebakaran membabitkan sebuah kenderaan mewah jenis Hummer H2 berhampiran Plaza Tol Seafield di Subang, Shah Alam, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM : Dua individu hampir terbakar apabila sebuah pacuan empat roda mewah, Hummer H2 dinaiki mereka mengeluarkan asap di bahagian bawah sebelum terbakar di Plaza Tol Seafield menghala Subang Jaya, Lebuhraya Utara Selatan di sini petang tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua mangsa berjaya menyelamatkan diri apabila keluar daripada kenderaan berkenaan sebelum anggota bomba tiba di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 5.12 petang sebelum anggotanya daripada Balai Bomba dan Penyelamat Subang tiba kira-kira 19 minit kemudian.

Katanya, jip berkenaan dipandu seorang lelaki berusia 30-an bersama seorang penumpang wanita.

“Kedua-dua mangsa bertindak keluar daripada kenderaan terbabit untuk menyelamatkan diri sebaik menyedari kepulan asap dari bawah kenderaan itu.

“Kebakaran berjaya dipadamkan dengan anggaran kemusnahan kebakaran kira-kira 90 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.