Boleh dapatkan tempahan vaksin di MySejahtera - Utusan Malaysia

Boleh dapatkan tempahan vaksin di MySejahtera

PETUGAS PPV PIKAS di d'Tempat Country Club, Sendayan, Seremban memeriksa maklumat peribadi seorang pekerja kilang menerusi aplikasi MySejahtera sebelum mereka menerima vaksin Covid-19 di PPV tersebut, baru-baru ini. UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Orang ramai yang masih belum menerima vaksin boleh membuat janji temu menerusi aplikasi MySejahtera untuk mendapatkan tempahan suntikan.

 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, aplikasi itu mempunyai platform help desk bagi memberi peluang kepada golongan tercicir vaksin untuk berbuat demikian.

 

“Kita ada ciri-ciri help desk di MySejahtera untuk mereka belum divaksin. 

 

“Bagi mereka belum buat tempahan, sila dapatkan janji temu melalui MySejahtera. Kita faham ada yang buat panggilan telefon ke Klinik Kesihatan dan talian sibuk,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini hari ini.

 

Khairy disoal pemberita memandangkan terdapat golongan yang masih belum menerima vaksin Covid-19 di samping terdapat pusat pemberian vaksin (PPV) yang ditutup secara berperingkat sejak kebelakangan ini. -UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN