Bilangan hakim syarie akan ditambah bila ada keperluan - Utusan Malaysia

Bilangan hakim syarie akan ditambah bila ada keperluan

AHMAD Marzuk Shaary menyampaikan sumbangan barangan keperluan kepada pemandu teksi lapangan terbang di pusat khidmat Parlimen Pengkalan Chepa, di Kampung Landak, Kota Bharu, hari ini. - UTUSAN/ROHANA MOHD. NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan tidak bercadang untuk menambah hakim syarie dalam masa terdekat kerana jumlah sedia ada sudah mencukupi bagi memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.

 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, buat masa ini, perkara itu bukan satu keperluan mendesak, namun, ia akan dipertimbangkan pada masa depan.

 

“Sekarang, terdapat 190 hakim yang bertugas di Mahkamah Rayuan Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rendah Syariah yang dilantik Kerajaan Persekutuan serta 98 lagi di negeri-negeri gunasama.

 

“Kemungkinan untuk masa akan datang, Insya-Allah, kita akan mempertimbangkan untuk tambah hakim syarie. Namun, setakat ini tidak ada pertambahan jawatan itu dalam tempoh beberapa tahun ini,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Sumbangan Dana Perlu Yayasan Wakaf Malaysia kepada 352 penerima terdiri daripada pemandu teksi lapangan terbang, nelayan, petani dan bekas penagih dadah.

 

Hadir sama Ketua pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia Prof. Madya Dr. Amir Shaharuddin.

 

Ahmad Marzuk yang juga Ahli Parlimen Pengkalan Chepa berkata, kerajaan sedang merangka untuk meningkatkan kompetensi hakim syarie supaya lebih kompeten dalam mengendalikan kes yang semakin mencabar.

 

Ditanya keperluan penambahan jawatan itu di negeri-negeri, beliau berkata, sebarang rancangan ke arah itu perlu dirancang dengan teliti termasuk mendapat maklum balas dari semua negeri terlebih dahulu. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN