12 pemuda bergaduh di Lebuh Farquhar dibebas - Utusan Malaysia

12 pemuda bergaduh di Lebuh Farquhar dibebas

SERAMAI 12 pemuda yang diberkas bagi membantu siasatan kes pergaduhan di Lebuh Farquhar, Georgetown, Pulau Pinang Khamis lalu dibebaskan petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN:  Seramai 12 pemuda yang diberkas selepas dipercayai terlibat dalam kejadian pergaduhan di Lebuh Farquhar, di sini Khamis lalu telah dilepaskan dengan jaminan polis petang semalam. 

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong ketika dihubungi berkata, pihaknya selesai merekodkan keterangan semua lelaki berusia antara 20 hingga 39 tahun itu sejurus tangkapan ke atas mereka dilakukan minggu lalu. 

SOFFIAN SANTONG

Menurutnya, kertas siasatan telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan selanjutnya. 

“Setakat ini, kita masih menunggu arahan  daripada pihak terbabit dan perkembangan lanjut berhubung kes pendakwaan akan dimaklumkan nanti,” katanya di sini hari ini. 

Baru-baru ini, akhbar melaporkan seramai 12 individu ditahan polis di sekitar pusat bandar raya ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan membabitkan dua kumpulan lelaki. 

Kejadian kira-kira pukul 12.35 tengah malam itu dikatakan berpunca daripada perbuatan pandang memandang antara dua kumpulan lelaki ketika sedang minum minuman keras di sebuah restoran berhampiran lokasi kejadian. 

Terdahulu, pergaduhan dua kumpulan lelaki itu tular di media sosial Facebook dan WhatsApp sehingga mengundang ketakutan dan kecaman daripada warganet. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya