11 jemaah umrah pertama Malaysia berlepas ke Tanah Suci - Utusan Malaysia

11 jemaah umrah pertama Malaysia berlepas ke Tanah Suci

SERAMAI 11 orang menjadi kumpulan pertama bakal jemaah umrah dari Malaysia berlepas ke Tanah Suci hari ini di KLIA, Sepang. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seramai 11 orang menjadi kumpulan pertama bakal jemaah umrah dari Malaysia berlepas ke Tanah Suci hari ini setelah pembukaan semula sempadan untuk ke luar negara.

 Mereka menaiki pesawat syarikat Saudia Airlines penerbangan SV 0787 yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini kira-kira pukul 7.50 malam.

 Kumpulan berkenaan terdiri daripada sembilan jemaah dan dua petugas dari agensi umrah dan ziarah terkenal tempatan, Emraz Travel & Tours Sdn. Bhd. berpangkalan di Putrajaya

 Pelepasan kumpulan sulung tersebut turut diraikan sendiri oleh Ketua Pegawai Operasinya, Zulpakar Pahmi Mohamad dan Ketua Pegawai Jualan agensi itu, Shahrul Izuan Shafie.

 Kerajaan mengumumkan kebenaran pergerakan merentas negeri termasuk ke luar negara mulai Isnin lalu setelah negara mencapai kadar vaksinasi 90 peratus daripada populasi. -UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN