Vaksinasi walk-in di Perak hingga 31 Oktober - Utusan Malaysia

Vaksinasi walk-in di Perak hingga 31 Oktober

SAARANI MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pemberian suntikan vaksin Covid-19 secara jumpa terus di 22 buah Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di negeri ini hanya akan dibuka sehingga 31 Oktober depan.

 

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, orang ramai berusia 18 tahun ke atas yang masih belum mendapat suntikan tersebut boleh berbuat demikian di PPV yang menyediakan perkhidmatan itu di setiap daerah.

 

“Berdasarkan maklum balas, ada penduduk kecewa kerana masih belum mendapat janji temu melalui aplikasi MySejahtera tanpa mengetahui bahawa mereka boleh mendapatkan vaksin secara jumpa terus di PPV.

 

“Oleh itu, saya menyeru kepada semua rakyat berusia 18 tahun ke atas yang belum divaksinasi supaya segera berbuat demikian secara jumpa terus di 22 PPV yang menyediakan perkhidmatan itu,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di sini hari ini.

 

Menurut Saarani, sehingga kelmarin, seramai 1.55 juta atau 83.57 peratus penduduk di negeri ini yang berusia 18 tahun ke atas sudah menerima dos pertama vaksin Covid-19.

 

Katanya, sebanyak 1.15 juta atau 61.94 peratus pula sudah lengkap menerima dos kedua.

 

“Vaksin secara jumpa terus ini juga dibuka kepada semua warga asing termasuk yang tidak memiliki dokumen dan ekspatriat,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya