Vaksinasi remaja di Sabah bermula esok - Utusan Malaysia

Vaksinasi remaja di Sabah bermula esok

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Pemberian vaksin kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun di Sabah akan bermula esok.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet negeri Sabah hari ini.

Beliau berkata, langkah itu seiring dengan pendirian Kementerian Kesihatan untuk memberikan vaksin kepada seberapa ramai remaja dalam kumpulan yang berisiko tinggi.

Katanya, ia juga sebagai salah satu daripada persediaan bagi sesi pembukaan persekolahan secara bersemuka bermula pada 3 Oktober.

Ketika ini, 53.9 peratus daripada 2.76 juta penduduk dewasa Sabah sudah menerima vaksin lengkap manakala, 68.6 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya