Undi18 : Siapa pilihan orang muda? - Utusan Malaysia

Undi18 : Siapa pilihan orang muda?

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Belum tentu pengundi muda akan mengundi Pakatan Harapan (PH), begitu juga kepada kerajaan pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 nanti.

Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana beliau memperlihat senario politik anak muda kini akan lebih cenderung kepada pihak yang mampu menyelesaikan isu yang berkait rapat dengan golongan muda.

Bagaimanapun, jelasnya lagi, walaupun ruang itu dilihat cerah kepada kerajaan, namun, pentadbiran hari ini masih tidak menunjukkan sebarang kejayaan sehingga terpaksa melakukan memorandum persefahaman bersama PH bagi menarik minat golongan muda.

“Kita tidak boleh begitu mudah nak kata mereka akan sokong pihak ini ataupun pihak itu. saya rasa pengundi muda terutama yang berumur 18 tahun mungkin melihat apa yang berlaku dalam negara kita ini. Saya jangkakan mereka memilih pihak yang kerap mendampingi mereka, bukan setakat apa yang berlaku sekarang, ya.

“Jadi, belum belum tentu siapa yang mereka akan sokong. Tetapi yang saya nampak kemungkinan besar mereka akan pilih pihak yang mampu menyelesaikan masalah. sekarang masalah pekerjaan, masalah duit, masalah pendapatan, jadi dia lebih ke arah itu.

“Harapan saya memang agar golongan muda boleh sokong Pakatan Harapan, tapi secara realistiknya, saya lihat itu kita boleh anggap sebagai pertandingan yang masih berjalan untuk menang hati pengundi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam masa yang sama, Fahmi turut menjelaskan sewaktu zaman pemerintahan PH dahulu, pihaknya bukan tidak mahu melaksanakan janjinya kepada pengundi, namun, pengkhianatan ‘Langkah Sheraton’ telah membuatkan segala perancangan terencat.

“Sebenarnya, sebelum berlaku langkah Sheraton, saya ingat lagi, mungkin dua hari sebelum berlakunya langkah Sheraton, saya hadir di satu program, waktu itu Syed Saddiq ada di situ dan Wan Saiful Wan Jan menjadi pengerusi PTPTN dan beliau memaklumkan dalam masa terdekat, kerajaan akan umumkan satu perancangan yang akan benar-benar membantu menyelesaikan masalah hutang PTPTN.

“Tetapi, apakan daya…ada pengkhianatan berlaku. Apa yang dirancang pada waktu itu tidak bantu menyelesaikan masalah. Ia tidak dapat dilaksanakan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP Perak, Prof Dr. Aziz Bari turut berkata, keyakinan golongan muda terhadap PH bukan isu yang perlu dititikberatkan, tetapi komitmen untuk memperkasakan generasi muda harus diutamakan.

” Bagi PH, ia adalah komitmen kita untuk generasi muda, memperkasa mereka, meratakan demokrasi khususnya hak untuk buat keputusan

“PH sentiasa bersedia, DAP memang sentiasa beri peluang untuk anak muda,” katanya ringkas. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya