fbpx

30 November 2021, 11:10 am

  TERKINI

Timbalan Speaker : Tolak Ahmad Maslan, UMNO perlu cari calon baharu

AHMAD MASLAN dan MOHD. SOLIHAN BADRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menolak pencalonan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat baharu.

Ketua Penerangan Bersatu Johor, Mohd. Solihan Badri berkata, penolakan itu dibuat kerana mempertahankan pendirian parti yang tidak mendukung pemimpin yang  integritinya diragui.

Sehubungan itu katanya, UMNO perlu memilih semula seorang calon yang tidak berdepan kes pendakwaan di mahkamah dan terbukti integritinya.

“Dalam konteks calon Timbalan Speaker, kami sependapat dengan Bersatu pusat bahawa kita tidak bersetuju mengambil mereka yang masih terlibat dalam perbicaraan kes-kes mahkamah menjadi calon menteri, timbalan menteri atau pun timbalan speaker.

“Ia sejajar dengan kenyataan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Bersatu mesti mencari pemimpin yang berintegriti, amanah dan bebas rasuah,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Baru-baru ini, UMNO mengesahkan Ahmad merupakan satu-satunya calon daripada blok kerajaan untuk dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baharu.

Blok pembangkang pula mencalonkan Ahli Parlimen Teluk Intan yang juga bekas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Nga Kor Ming untuk mewakili Pakatan Harapan (PH).

Berhubung perkara tersebut, semua ahli Parlimen Bersatu serta empat ahli Parlimen bebas yang berpihak kepada parti itu telah bersetuju untuk berkecuali semasa undian berkenaan.

Ahmad yang juga merupakan Setiausaha Agung UMNO kini berdepan kes mahkamah membabitkan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan memberi pernyataan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -UTUSAN ONLINE

POPULAR

KOSMO! TERKINI