Tiga lelaki terkandas di Bukit Besar diselamatkan - Utusan Malaysia

Tiga lelaki terkandas di Bukit Besar diselamatkan

ANGGOTA bomba dan penyelamat mengambil maklumat mangsa yang berjaya diselamatkan selepas terkandas dalam cuaca gelap ketika beriadah di Bukit Besar, Kulim malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Tiga lelaki diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat selepas terkandas dalam cuaca gelap ketika beriadah di Bukit Besar di sini malam semalam. 

Dalam kejadian pada pukul 8 malam itu, lelaki berusia 30-an terkandas selepas mereka tidak dapat meneruskan perjalanan untuk turun dari bukit tersebut akibat keadaan cuaca gelap.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kulim, Penolong Penguasa Bomba Hamizul Azuan Hamdan berkata, tiga lelaki terbabit tiba di bukit tersebut kira-kira pukul 4.30 petang tanpa membawa sebarang bekalan air dan lampu suluh.

“Mereka tiba di kawasan bukit itu sudah agak lewat untuk beriadah dan mereka tidak dapat meneruskan perjalanan untuk turun dari bukit tersebut selepas cuaca gelap.

“Seorang daripada mereka kemudian menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan untuk turun dari bukit itu,” katanya di sini hari ini.

Hamizul Azuan berkata, seramai anggota dengan menaiki sebuah jentera dan ambulan Perkhidmatan Bantuan Perubatan Kecemasan (EMRS)  bergegas ke kawasan bukit tersebut selepas menerima panggilan kira-kira pukul 8.03 malam.

“Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan bersama orang kampung telah berjaya menemukan mangsa kira-kira pukul 9.45 malam kira-kira jarak satu kilometer dari tempat meletak kereta.

Tambahnya, mangsa yang mengalami keletihan kemudian dibawa turun dan  operasi tamat pukul 10 malam.-UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya