Sidang DUN Terengganu cuma 4 jam sehari - Utusan Malaysia

Sidang DUN Terengganu cuma 4 jam sehari

YAHAYA ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Mesyuarat Pertama Penggal Ke-4 yang dijadualkan pada 13 hingga 15 September ini akan dipendekkan kepada kira-kira empat jam.

Yang Dipertua DUN, Datuk Yahaya Ali berkata, langkah itu selaras untuk memastikan persidangan berkenaan berlangsung dengan selamat mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sehubungan itu, katanya, waktu persidangan akan bermula dari pukul 9.30 pagi hingga 1 petang sepanjang tiga hari berkenaan.

“Walaupun Terengganu sudah di Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN), namun segala peraturan dan syarat yang dikenakan MKN dan Kementerian Kesihatan masih perlu dipatuhi oleh semua pihak termasuk pentadbiran DUN.

“Bagi mengelakkan penularan jangkitan Covid-19, kita memutuskan hanya Ahli Dewan Undangan Rakyat (ADUN) dan petugas persidangan sahaja boleh hadir manakala ketua-ketua jabatan pula diminta mengikutinya secara dalam talian,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Yahaya berkata, kesemua ADUN dan petugas wajib menjalani ujian saringan Covid-19  lima hari sebelum persidangan bermula dan saringan itu diteruskan setiap hari sebelum memasuki dewan dengan hanya yang negatif dibenarkan hadir.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, titah perasmian Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan dibacakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. -UTUSAN ONLINE 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.