PUTRAJAYA : Semua masalah berkaitan aplikasi MySejahtera akan diselesaikan dalam tempoh seminggu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan mengarahkan pasukan MySejahtera untuk menyelesaikan pelbagai isu berbangkit termasuk masalah tidak ada sijil digital vaksinasi yang menjadi kebimbangan ramai walaupun sudah lengkap vaksinasi.
“Untuk tempoh sementara ini saya benarkan penggunaan kad fizikal vaksin digunakan dan bagi di Selangor yang menerima vaksin menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX) boleh dibenar guna sementara sijil digital SELangkah,” katanya dalam sidang akhbar hari ini. -UTUSAN ONLINE