Semburan nano mist bukan pengganti disinfeksi manual - Utusan Malaysia

Semburan nano mist bukan pengganti disinfeksi manual

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan, penyemburan disinfeksi melalui nano mist tidak menggantikan keperluan disinfeksi permukaan secara manual. 

 

Bagaimanapun, menurut beliau, keberkesanan penggunaan alat itu untuk disinfeksi bergantung kepada keupayaannya untuk menghasilkan semburan yang sekata pada permukaan, jenis dan kepekatan larutan disinfeksi yang digunakan, serta tempoh masa pendedahan.

 

  “Pada masa ini, beberapa larutan disinfeksi sedia ada seperti larutan mengandungi alkohol 70 peratus hingga 90 peratus, hydrogen peroxide, thymol, quarternary ammonia dan larutan berasaskan klorin berkesan bagi membunuh virus SARS-CoV-2 di permukaan. 

 

  “Larutan disinfeksi yang dinyatakan ini bertujuan nyah kuman di permukaan persekitaran dan tidak sesuai digunakan secara langsung ke atas manusia kerana sesetengah larutan disinfeksi ini boleh menyebabkan iritasi pada mata, kulit, saluran pernafasan dan sistem pencernaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Noor Hisham berkata, senarai larutan disinfeksi yang berkesan untuk SARS-CoV-2 juga boleh diperoleh di laman US Environmental Protection Agency https://www.epa.gov/coronavirus/about-list￾n-disinfectants-coronavirus-covid-19-yang menjadi rujukan seluruh dunia.

 

  Dalam pada itu,beliau berkata, KKM mengambil berat isu yang dibangkitkan berkaitan keselamatan dan keberkesanan penggunaan semburan nano mist sebagai alat disinfeksi.

 

  “Nano mist spray adalah alat penyembur yang boleh menghasilkan titisan halus bersaiz nano. Ia dihasilkan untuk pelbagai tujuan termasuk kosmetik, wangian dan pelbagai kegunaan domestik serta industri, bergantung kepada spesifikasi alat dan jenis cecair yang digunakan.

 

  “Alat ini terdapat dalam pelbagai bentuk dari saiz kecil untuk penggunaan persendirian seperti ‘spray gun’, ‘handheld spray’ sehingga saiz yang lebih besar untuk kegunaan industri,” jelasnya. 

 

  Mengulas lanjut, beliau berkata, pihak KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mengeluarkan garis panduan untuk pendaftaran disinfektan permukaan melalui https://www.npra.gov.my/images/Guidelines_Central/surface_disinfectant/Revision_1_Guideline_for_Registration_of_Surface_Disinfectant.pdf. 

 

  Jelasnya, garis panduan ini turut menerangkan keperluan pelabelan disinfektan selain laporan penilaian ke atas pelbagai kaedah disinfeksi untuk mencegah penularan Covid-19 boleh dicapai melalui https://covid￾19.moh.gov.my/kajian-dan-penyelidikan/mahtas-covid-19-rapid-evidence￾update. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN