RMK-12: Harap lebih banyak sekolah dibina di bandar Selangor - Utusan Malaysia

RMK-12: Harap lebih banyak sekolah dibina di bandar Selangor

poster RMK-12
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kerajaan diharap tidak meminggirkan sektor pendidikan terutama pembinaan sekolah dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) berikutan semakin banyak perumahan dibangunkan di negeri itu. 

Ini kerana pada ketika ini terdapat sekolah didakwa mempunyai kelas yang bilangan pelajarnya sehingga 50 orang dan dikhuatiri situasi itu tidak kondusif untuk pembelajaran. 

Hal demikian dimaklumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang meminta Kerajaan Persekutuan membina sekolah baharu terutama di kawasan bandar.

“Situasi ini berlaku di beberapa kawasan bandar di sekitar negeri ini, seperti contoh di kawasan penempatan baharu di kawasan perumahan Elmina, Sungai Buloh.

“Saya difahamkan terdapat kira-kira 50,000 orang tinggal di situ tetapi ibu bapa di sana terpaksa menghantar anak mereka bersekolah di Subang Bestari dan beberapa kawasan berdekatan.

“Terdapat lima tapak yang diperuntukan untuk dibuat sekolah di sana, tetapi tidak ada satu pun sekolah yang dibina lagi,” katanya selepas program sumbangan Kumpulan Semesta kepada kerana negeri di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini, hari ini. 

Dalam pembentangan RMK-12 Isnin lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan akan memperuntukkan RM848 juta untuk membina lima sekolah baharu dan empat kompleks sekolah di seluruh negara.

Dalam pada itu, Amirudin menambah, kerajaan negeri sedang meneliti semula beberapa pelan yang dirancang bagi membolehkan kesemuanya sejajar dengan RMK-12 dan dilaksanakan dengan baik.

Menurutnya, antara pelan yang sedang diteliti seperti Blueprint Pengangkutan Awam Selangor, Blueprint Smart State 2025, Pelan Tindakan Aeroangkasa Negeri Selangor dan lain-lain lagi.-ONLINE DONE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN