Remaja maut, adik cedera dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Remaja maut, adik cedera dalam kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang remaja perempuan maut manakala adik lelakinya cedera dalam kebakaran sebuah rumah setingkat di Kampung Baru Kundang di sini, hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.10 pagi itu, mangsa B Triviya, 19, disahkan meninggal dunia akibat melecur manakala B Vishnu berusia tiga tahun cedera dan dirawat di Hospital Sungai Buloh (HSB).

 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dan Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi.

 

“Sebaik tiba api sedang marak, namun, remaja dan kanak-kanak yang berada dalam rumah berkenaan sudah dikeluarkan oleh orang awam.

 

“Seramai 16 pegawai dan anggota terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu,” katanya hari ini.

 

Tambah Norazam, kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan rumah musnah 90 peratus.

 

“Bomba dimaklumkan ketika kejadian, ibu bapa tiada di rumah kerana bekerja. Punca kebakaran masih dalam siasatan,” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN