Pintu pelancongan Melaka dibuka Oktober - Utusan Malaysia

Pintu pelancongan Melaka dibuka Oktober

JAILANI Khamis ketika sidang akhbar penyerahan sijil pengesahan dos suntikan vaksin lengkap kepada penggiat industri pelancongan di Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka bersedia membuka semula pintu pelancongan pada Oktober depan seiring dengan sasaran peralihan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh tersebut. 

 

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, berita baik itu dikongsikan susulan 80 peratus daripada penggiat sektor itu telah lengkap dua dos vaksinasi Covid-19.

 

Jelasnya, jumlah itu mewakili seramai 35,863 pemain pelancongan  dan dianggarkan hanya lima peratus sahaja masih belum menerima suntikan vaksin. 

 

“Berdasarkan PPN, kita jangka Melaka akan mencapai Fasa selewat-lewatnya pada bulan depan. 

 

“Pada ketika itu, kita berharap sektor ekonomi termasuk pelancongan dibenarkan dan Melaka bersedia membuka pintu kerana 80 peratus daripada pemain juga telah lengkap dua dos vaksinasi,” katanya. 

 

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar penyerahan sijil pengesahan dos suntikan vaksin lengkap kepada penggiat industri pelancongan di Seri Negeri, Ayer Keroh di sini hari ini. 

 

Ujarnya, program pemberian itu juga secara tidak langsung memberikan publisiti kepada penggiat industri pelancongan untuk membuka perniagaan dengan pengamalan norma baharu selaras kempen Melaka Safe Haven dan Relax@Melaka. 

 

Mengulas lanjut, beliau berkata, Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) juga telah bekerjasama dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) untuk meningkatkan tahap keyakinan pelancong ke Melaka. 

 

“Hasil kerjasama ini, kita telah melaksanakan Program Pensijilan Patuhi dan Amal SOP Covid-19 Melaka secara berperingkat sebagai usaha meningkatkan keyakinan pelancong luar. 

 

“Bagi Fasa 1/2021, sebanyak 120 premis pelancongan Melaka telah disijilkan di mana kos pendaftaran ditanggung sepenuhnya oleh pihak BPP dan Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM),” jelasnya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya