Pendaftaran belia untuk sukarelawan MyVac melebihi keperluan - Utusan Malaysia

Pendaftaran belia untuk sukarelawan MyVac melebihi keperluan

AHMAD Faizal Azumu (kiri) beramah mesra dengan petugas ketika perjumpaan bersama sukarelawan MyVac di PPV Stadium Indera Mulia, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Jumlah pendaftaran belia untuk menjadi sukarelawan program Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) telah melebihi keperluan untuk penempatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) seluruh negara.

 

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, jumlah individu yang mendaftar untuk program berkenaan mencecah 320,000 orang sejak pendaftaran dibuka Februari lalu.

 

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 8,187 sukarelawan bukan kesihatan MyVac telah ditempatkan di 417 buah PPV di seluruh negara.

 

“Kalau diikutkan kepada respon (pendaftaran), ia sangat menggalakkan, malah, jumlah yang kita ada juga sudah melebihi (keperluan). 

 

“Permintaan untuk penempatan di PPV pula hanya dapat dipastikan selepas mereka melalui beberapa proses saringan termasuk latihan secara dalam talian,” katanya dalam sidang sidang akhbar selepas sesi perjumpaan bersama sukarelawan MyVac dan petugas-petugas di PPV Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

 

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Datuk Wasitah Yusof dan Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed.

 

Ahmad Faizal berkata, majoriti yang mendaftar program itu adalah golongan belia yang berminat dengan kerja-kerja kesukarelawanan dalam membantu kerajaan mencapai imuniti kelompok

 

Katanya, menerusi penyertaan itu juga, ia secara tidak langsung membantu golongan belia yang hilang punca pendapatan susulan penularan pandemik Covid-19.

 

“Selain orang awam, kita juga beri keutamaan kepada pekerja-pekerja industri, penggiat-penggiat sukan dan operator yang kehilangan pekerjaan untuk mendaftar sebagai sukarelawan.

 

“Jumlah sukarelawan MyVac ini akan bertambah dari semasa ke semasa selari dengan pembukaan PPV baharu yang sememangnya memerlukan khidmat mereka sebagai petugas sokongan,” katanya.

 

Dalam pada itu, mengulas sukarelawan MyVac di Perak, beliau berkata, seramai  21,183 individu telah mendaftar di mana 979 sukarelawan telah di tempatkan di 25 buah PPV di seluruh negeri.

 

“PPV Stadium Indera Mulia merekodkan sukarelawan paling ramai iaitu seramai 45 orang sehari dengan jumlah terkumpul telah bertugas seramai 117 orang,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.